Sunday, December 13, 2009

PERSONALITI CELCOM METRO 2006 (KENANGAN TERINDAH)

Tuesday, 14-Feb-2006 08:38

PERSONALITI CELCOM METRO di KUANTAN

Kebetulan I dan SANI (FOTO KRISTAL) ada kat KUANTAN PARADE hari tu,so kami snap la few foto untuk suka suka je..TQ ,SANI kerana sudi sumbangkan foto to my fotopages....,dan ini petikan dari HARIAN METRO 13 Februari 2006. (KATA-KATA PENULIS DALAM BLOGNYA)

KUANTAN: Dua jejaka dinobatkan sebagai pilihan utama pusingan ke-11, Personaliti Celcom Metro 2005/2006, semalam, sekali gus melayakkan mereka bersaing di peringkat akhir pertandingan itu, Mac ini. Muhd Ibrahim Hilmy Noor Mohd Ashley (Hill), 21, dari Pasir Mas, Kelantan dan Khairul Baharudin (Kay), 21, dari Kuala Lumpur menewaskan enam peserta lain dalam pusingan yang diadakan di Kuantan Parade, di sini, semalam. Kedua-dua mereka menerima wang tunai RM1,000, jambangan bunga, trofi, cenderahati dari Celcom dan Harian Metro, kad caj semula bernilai RM100 dan baucar produk kesihatan bernilai RM500.

Mereka juga menerima baucar bernilai RM800 daripada California Fitness, tiket pergi balik dari Kuala Lumpur ke Terengganu bernilai RM124, dua pas ke The Lost World of Tambun bernilai RM100, dan penginapan dua hari satu malam di Shahzan Inn Kuantan bernilai RM200. Peserta lain ialah Ahmad Nazri Ali, 27, Mohd Alif Hamdi, 20, Sarah Nurillaini Yahya,21, Aini Mazlina Ahmad,26, Noor Hayati Nasir,21, dan Siti Hiqmah Mohd Nasir,21. Hadiah disampaikan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah. Hadir sama, Cik Puan Muda Julita Aishah; Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun; Ketua Pegawai Eksekutif Dowan Kreatif, Ridzuan Omar; Naib Presiden Komunikasi Korporat Celcom (M) Bhd, Norliza Kamaruddin dan Pengurus Besar Celcom Wilayah Timur, Datuk Sulaiman Ahmad. Lapan peserta yang terpilih ke peringkat bulanan diadili di hadapan penonton dan juri bagi memilih dua peserta yang bakal bersaing di peringkat akhir.

Pemarkahan juri berdasarkan tiga kriteria iaitu IQ (40 peratus), bakat (30 peratus) dan personaliti (30 peratus) dan dua pemenang stiap bulan dipilih berdasarkan pemarkahan juri dan undian SMS. Juri yang mengadili mereka pada petang semalam ialah Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh, Pengurus Kanan Mobile Solution Celcom, Azmi Daud, novelis Ahadiat Akashah, pelakon Fasha Sandha dan penyanyi Farawahida. Penonton turut dihiburkan dengan persembahan Hazami dan Faradiya.

No comments:

Post a Comment