Monday, December 7, 2009

Bahasa melambangkan bangsa..dan unik sesuatu bentuknya dengan diwarnai dengan tulisan..

suka dengan tulisan Korea, Thailand dan hindi..kerana tulisannya tidak menggunakan huruf A,B,C tetapi dengan keunikan tulisan yang saya panggil berbentuk gulung-gulung..amat menarik sebenarnya..bila kita tatapi betul-betul, seperti ada satu seni pada tulisan itu yang seolah-olah seperti lukisan. itu berkenaan dengan minat saya terhadap tulisan itu, mungkin juga dari tulisan terpengaruh kepada percakapan mereka yang satu benda yang pelik tapi bila ditutur ia menjadi sudah sinonim dgn diri saya, mungkin ia satu alasan bg saya, untuk mengenali lebih bahasa itu dengan mengambil tahu apa kah keunikan tulisan & bahasa itu sendiri..hah..tak cukup dengan itu, daripada tulisan ke bahasa terus kepada minat yang mendalam kepada sesebuah negara itu, mungkin anda juga mempunyai pengalaman yg sama bukan, meminati drama-drama Korea, Thailand(siam) dan Hindi..

selepas seharian penat bekerja saya lebih suka menghabiskan masa lapang saya dengan membaca apa saja buku yang menarik perhatian saya dan juga menonton wayang mahupun dvd atau drama bersiri..mungkin agak lucu bg anda krn mengetahui itu hobi saya, tetapi bg fikiran sy, itu merupakan terapi paling berkesan dengan menghantar jiwa anda terus kepada alam yang alam yang anda minati untuk membolehkan banyak info yg menarik dpt di ketahui...contohnya filem Hindi lebih kepada kekeluargaan, manakala Thailand lebih kepada aksi dan Korea menjurus kepada Love story.

1) Dgn tarian yang pasti wujud dalam sesebuah filem hindi, satu kelompok besar dalam setiap lakonan serta banyak unsur kekeluargaan, itu yg ditekankan pada elemen mereka.

2) Aksi seperti Muay Thai pasti membuatkan kita terpegun dengan ilmu mempertahankan diri banyak menggunakan lutut dan siku. aksi mereka yang tahan lasak dengan kesemua aksi lagak ngeri mereka sendiri yg lakukan.

3) Korea pastinya unsur-unsur percintaan, emosi yang memerlukan penonton merasainya sekali ditambah pula dengan kekuatan lagu tema sesebuah drama itu. yang paling penting kesemua watak mereka pasti wajah mereka seakan-akan sama kerana gaya rambut dan pakaian mereka menjadi ikutan masyarakat asia.

No comments:

Post a Comment