Tuesday, November 24, 2009

kehidupan satu hari yang penuh makna...

hari bahagia hari ini kerana sesuatu yang luar biasa terjadi pada hari ini, namun sedikit kedukaan melingkari hidup ku kerana hidup sudah menjanjikan buat ku disebalik kegembiraan sudah pasti ada kedukaan. namun itu bukan persoalan bagiku kerana hidup ini semestinya ibarat sebilah pedang yang bersedia untuk menghunus kita dalam bila-bila masa sahaja. kerana itulah kita harus bijak mengaplikasikan masa itu dalam bentuk yang tersusun.

dalam Surah juga ada menyebut, "demi masa sesungguhnya manusia kerugiaan". adakah dengan memerlukan sedikit ketenangan tanpa diganggu oleh sesiapa menjadikan masa yang sepatutnya dikongsi bersama rakan-rakan diluar pergi begitu sahaja. yang pasti hidup ini tidak seperti dulu, memperuntukan masa yang lebih kepada insan yang memerlukan. bertitik tolak dengan itulah "time is change", mungkin bertukar kepada lebih baik, mungkin juga. hhhmmm...masa ku banyak dihabiskan dirumah sambil menonton KBS WORLD, channel kesukaan ku kerana air mata bergenang tatkala drama korea yang menyentuh perasaan, lebih-lebih lagi dalam soal kehidupan ditambah pula dengan muzik latar yang kuat dengan emosinya. fuhh...mungkin apabila kita melihat nasib orang, baru kita tahu erti kehidupan sebenar.

kita tinggalkan cerita drama seketika, kita singgah kejap la berkaitan elemen muzik. pastinya diriku terpaut pada setiap melodi sebuah kumpulan dari korea iaitu 2pm. genre lebih kepada hip-hop dance namun lagu-lagunya banyak yang sedap didengar. kadang-kadang bagi setiap manusia, lagu kegemaran pasti wujud dalam kelompok manusia yang menjadikan hidup mereka bersemangat bila dengar lagu kesukaan mereka. mungkin memberi perangsang kepada mereka. walaubagaimanapun konklusinya hidup ini seperti kain putih yang kita saja yang mampu mencoraknya samada kearah yang betul atau tidak. jadi momentum diri sentiasa berlegar-legar diluar sana dengan pembawakan diri anda. hanya diri anda yang anda cintai dan hanya di atas sana sajalah yang memerhati....One L.O.V.E from hilmy ashley.

No comments:

Post a Comment